Kawan

Aku terbaca tulisan sukiman....tentang kawan, sahabat dan teman...bila dok pikir -pikir banyak kawan aku dari kecik hingga la ler nie. Kawan darjah satu Jamberi dari Buntut Pulau, sepupu -sepupu aku, syam, rais, menei, ...kawan sekolah rendah....ramai ler di KSP, UiTM tak terkira banyaknya.

Kadang -kadang terpikir diorang...ada yang dah kawin, ada yang dah tinggal obersea, ada yang duduk dalam penjara, ada yang meniaga pasar malam, ada yang jadi lawyer, doktor, ....yang palin sedih...ada juga yang telah meninggal dunia.

Baru -baru nie...seorang kawan aku datang ke Jengka...curut panggilnya. Khairul nama sebenarnya. Dia muka serious orgnya..kurang bercakap...mempunyai prinsipnya sendiri...dan boleh aku katakan seorang kawan yang mengambil berat...duduk minum teh tarik...mulalah bercerita tentang kawan -kawan yang lain...yang nak kawin ler, yang duduk belasah banduan dalam penjara le, (penolong pengarah penjara) yang kursus kat Jepun ler, yang beranak - pinak kat Australia ler...so panjang ler cite...dia org temerloh...kaki muzik macam aku...so kita org ade "soul" yang sama ler.heh heh he. Banyak ler cite - cite pasal kawan -kawan lama...tu aku dok pikir...bila lah nak jumpa sumer...mesti seronok dgn cite....utk kawan aku yang berada serata Malaysia dan di seluruh dunia...aku ucapkan semoga berbahagia dan panjang umur...kepada kawan -kawan yang telah meninggal dunia ...aku sedekahkan al - fatihah...

Comments

Jankaulu said…
orang falsafah kata bila kita semakin tua, kawan jadi semakin penting dalam mewarnai hidup...

hidup ni bukan pasal kerja dan keluarga kita je kan, kawan ada tempatnya yang tersendiri dalam hidup kita.

semoga kawan-kawanku bahagia selalu...
Anonymous said…
he heh heh ...sory ..aku tak tua.
Itu pendapat dan prinsip ko suki...lain org lain pandangan...sbb cara kita melihat kehidupan adalah berbeza...ada org , semakin tua semakin dekat dgn ibadah dan ada yg lain...tidak...so....terpulang kepada masing - masing...

aku ada cerita...aku ada seorang kawan sazwan...dia nie baik...pada satu masa tiba - tiba dia jadi kurang siuman...aku ke hulu - ke hilir dengan keluarganya mencari ubat dan bomoh...hmpir setahun...

namun atas dasar aku ada kehidupan aku..aku bekerja dan aku juga nak ada kelurga...terpaksalah aku menumpukan pada life aku...hanya sempat bertanya khabar...so, dah mcm2 keadan aku dah rasa...senang dan susah...bukan nak kata kawan yang banyak tolong memang ade...ko, ustaz madi, denan, normad....tapi kawan yang dok tengok bila kita susah pun ramai...dan yang paling banyak membantu ialah adik beradik aku....so, priority hidup aku adalah kelaurga aku, ibu bapa aku, adik beradik aku dan kawan - kawan yang banyak membantu aku...itu prinsip aku...titik dan noktah...dan aku tak perlu dipertikaikan apa yang aku rasa...bukan marah kan ko nie..heh heh heh he...hanya cuba nak beritahu prinsip hidup aku yang tak boleh orang ubah...mcm prinsip hidup org lain yang aku tak boleh ubah dan aku takkan cuba ubah....

Kita perlu melihat,,,kita perlu berfikir,,,kita cuba menyelami,,,,dan kita cuba fahami....
Jankaulu said…
ya betul tu setiap orang takdir dan kehidupan berbeza so pandangan berbeza dari pelbagai kawan yang beragam di sekeliling.

Semoga kawan menerima aku seadanya beza ataupun tidak dengan mereka. yang penting saling mendoakan antara kita.

aku dah tua sebab ari tu aku bilang ada 15 lai janggut putih! panik sekejap. he he he.

tapi aku cepat-cepat kumpul kekeuatan hadapi hidup ini, he he he
Anonymous said…
suki...suki...ko tetap comel walau ade uban he heh heh...kita adalah kita...ko unik...sentiasa membuat org tersenyum walaupun ko cite sedih..pelik kan...sbb ko unik...aku bersyukur dpt kawan macam ko...(ko peminat setia sharifah aini) heh heh he.
danny said…
Ucapkan sini je lah... tak tau nak tulis mana ucapan hehehe

selamat berpuasa dan selamat bertarawih kepada ameli

Popular Posts