sudah satu semester berlalu





masa bergerak dengan pantas....kadang2 tak terkejar. Banyak perkara telah berlaku sepanjang semester ini...dari masalah kesihatan sehinggalah kerja2 yang tidak kunjung hujungnya. Aku merasakan rimas dengan semua perkara. Tapi semangat tak pernah kunjung padam demi keluarga dan anak2.

Anak aku yg bongsu sering jatuh sakit. Untuk kali kedua...dimasukkan ke KMC...penat dibuatnya...kerana terpaksa ke hulu dan ke hilir....mcm bekerja di kuala lumpur rasanya. keluar dari KMC..kena chicken px pulak ....bila aku melihat keadaannya membuatkan aku menangis...macam mana tubuh sekecil itu sanggup menerima kesakitan demi kesakitan....yang lebih menyedihkan..terpaksa disogokkan dengan berbagai jenis ubat...kadang2 malas aku berikan ubat kerana dia menangis sehingga hilang suara.

Isteri ku juga kena chicken pox....Ya Allah jika ini dugaan mu aku redha....jika dengan kekuasaan Mu ....kau alihkan semuanya kepada diri ku ini...tak sanggup melihat mereka dalam keadaan begitu.

Hujung disember semakin hampir....berakhirlah kehidupan kami bersama Kolej ShahPutra....isteri ku terpaksa jua pergi kerana banyak perkara yg tak mampu diluahkan berlaku....aku doakan isteriku akan sembuh dari penyakitnya...dan kembali ceria seperti dulu. Dalam keadaan sekarang...aku menerima segala ketentuan yang berlaku......walau bukan itu yang dipinta....

Kepada isteri ku ....semoga engkau sembuh dan bersabarlah dengan dugaan yang menimpa....abg sentiasa memberi sokongan......

Kepada kawan2 yg sudah lama tidak ketemu....aku sentiasa mengingati kalian semua....sentiasa ku terima e-mail dr kalian...terima kasih kerana masih mengingati diri aku ini. Kehabisan tenaga seharian bila membuat kerja2 disini..masih belum berkesempatan untuk berkunjung dan berborak seperti dulu.....harap semua sihat hendaknya.

Comments

Anonymous said…
allah memberikan dugaan kepada umat manusia yang mampu menghadapi segala dugaan dengan tabah. Sabarlah menghadapi segala rintangan sesungguhnya terlalu banyak hikmah disebalik kejadian..sekarang mungkin kita tak nampak...tetapi terlalu banyak yang tersirat dan yang tersurat.....

Popular Posts