Salam Aidilfitri


Lusa...aidilfitri akan disambut....yang dapat bonus...alhamdulillah. Kepada yang tidak dapat, takpelah....beraya setakat yang mampu...Bagi aku raya perlu diraikan tetapi mengikut kemampuan masing2. Bercerita tentang hari raya, mungkin digambaran kita keseronokan lebih tertumpu ketika zaman kanak2..ermmm..memang betul.

Dulu ketika duduk di berek polis jalan mat kilau (ditengah-tengah bandar kuantan)...memang seronok sebab ketika itu..tidaklah seperti sekarang yang hiruk pikuk dengan kenderaan.. Bila waktu malam..masing2 dah bersedia dengan mercun ditangan..seronok..bila nyalakan mercun sambil ramai2 berlari keliling padang bola sambil menjerit menyanyikan lagu raya....heheheh

Bila dah 30an nie...menyambut raya lebih kepada memberi ruang untuk anak-anak sahaja untuk berseronok. Bagi aku....mungkin takde benda lain selain makan sbb menziarahi rumah kawan2 dan jiran...maksudnya bersedia untuk makan....kalau tak ...siaplah mesti kena paksa...huhuh

Yang paling seronok ketika raya adalah isteri ku...yang merancang awal-awal tentang semua perkara tentang raya...aku ikut saja...asalkan semua benda dia uruskan...Semenjak tinggal diJengka...bab nak hias rumah dah memang tak dapat...sebab menginap di rumah mertuaku..jadi aku tak payah pikir la.....cuma dulu bila ada rumah sendiri...seronok bila ajak kawan2 datang bertandang dirumah.

Anak2 semakin besar...jadi macam2 yang diminta..dari baju...seluar...baju melayu...songkok dan tak lupa mercun....heheheh...oklah...esok selepas subuh ke pasarlah nampaknya mencari daging lembu, tulang dan ayam. Kalau lambat keluar....alamat berpusing2 dua tiga kali nak cari parking....Kuantan semakin sibuk...tak macam dulu....dulu seronok...kereta tak banyak...sekarang penat je....

Apa2 pun...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Comments

Popular Posts