BeRsYuKuR...

Sudah lama tidak bertandang ke blog sendiri...sehingga ada yang merungut "bila nak update?"..hehehe. Ingatkan tiada yang membaca blog ini.

Ok. Cerita hari ini ialah tentang bersyukur. Ramai orang tidak nampak apa yang mereka ada dan dapat. Ramai orang tidak cukup dengan gaji yang mereka ada, ada yang tidak menghargai harta yang mereka ada, ada yang tidak menghargai kerja yang mereka ada, ...ermm..kadang2 aku pun terpikir ...mungkin aku juga sama.

Dengar cerita...sewa di Jengka akan naik lagi....terdengar berita sem depan sewa bagi seorang pelajar RM200 sebulan...Dahsyat....Patutla student takde duit nak makan (makanan pun semakin mahal)....rumah sewa RM1000 memang dah takde..dah meningkat RM1500 ke atas...ish...ish ..ish..dahsyat...Pepatah kawan aku "pegi haji balik hari"...

Mungkin diorang tidak sedar...yg mungkin anak mereka juga akan menghadapi masalah yang sama....Patutnya Melayu tolong Melayu...tapi yang terjadi di banyak tempat yang ada IPT...orang Melayu menindas orang Melayu kerana mahukan keuntungan segera.....

Saya pernah melawat perkampungan orang asli...dan mereka gembira dengan kehidupan mereka. Terdetik...apa yang aku ada lebih daripada apa yang mereka ada...kenapa MASIH TIDAK BERSYUKUR.



Comments

Popular Posts