TIADA TEMPAT KU MENGADU HANYA PADA MU


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Mungkin tulisan kali ini agak peribadi dan bukan lah maksud kepada kepada sesiapa...hanya coretan hati dan perasaan aku di waktu ini.

Kekadang aku terfikir...begitu banyak keputusan yang salah yang aku buat dalam hidup aku...Kadang2 aku berfikir...dapat biasiswa JPA aku tolak dan ambil PTPTN untuk pembiayaan Ijazah aku.. Dapat tawaran kerja beserta sambung Master di USM aku tolak, dan bekerja di Kolej ShahPutra...bila aku fikirkan bodoh betul ler aku nie..
Namun masa dan pengertian hidup mengajar aku untuk mencari jawapan kepada kebodohan aku ini...Akhirnya setelah mencari-cari jawapannya ....aku telah bertemu satu jawapan...SEMUANYA KETETAPAN ALLAH S.W.T kepada aku...

Salah satu rukun iman yang selama ini kita (aku sahaja) lupa ialah PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR... Terungkai banyak perkara dalam hidup aku...INILAH PERJALANAN YANG ALLAH TETAPKAN TERHADAP AKU. Hari ini aku mampu tersenyum...aku kini sudah berkahwin, sudah mempunyai anak, ada kereta, ada rumah, ada pekerjaan...ALHAMDULILLAH.

Aku percaya dalam liku-liku kehidupan telah ditetapkan ada suka dan ada duka....jadi aku harungi kehidupan ini dengan cukup gembira dengan KETETAPAN ini. Kadang-kadang aku tersenyum...kadang-kadang aku murung...kadang-kadang aku ketawa...kadang-kadang aku menangis...kadang-kadang aku membentak. SEMUANYA AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA SATU....SEMUANYA DARI NYA.

Ya...semua org mengalami kesukaran...tapi perlu kita syukur dan redha...ada hikamh disebalik semua perkara yang berlaku...SENYUMLAH....keluarga, sahabat,anak...dan semua yang ada disekeliling kita...ada bersama kita...(kadang2 takde) ..ucaplah ALHAMDULILLAH.

Aku di sini mengucapkan terima kasih kepada ibubapa ku kerana menjagaku dan memahami diri ku,,,isteri dan anak2 kerana menjadi pendorong kepada kekuatan diri, adik beradik ku kerana menghormati dan bersama-sama aku, sahabat dan kawan yang banyak mengambil hati, memahami dan berkongsi kehidupan dengan ku...guru-guru yang banyak memberi nilai dalam kehidupanku...YANG PALING AGUNG...TEMPAT KU MENGADU SIANG MALAM ...HANYA PADA ALLAH YANG SATU

Jadi dengan masalah yang melanda baru-baru nie...minyak naik...brg2 naik harga, memang agak mengecewakan perasaan kita ....sukar...sukar...Tentang tanggungjawab kerajaan utk membantu..ya mereka wajib membantu...dan selebihnya tiada yang lebih kuat di hati dan perasaan kita berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya menguatkan iman kita, memudahkan rezeki kita, melapangkan hatiku...dan memberi keredhaan dalam kehidupan kita...

KITA MERANCANG DAN SELEBIHNYA TUHAN MENENTUKAN....

Comments

danny said…
Ya betul... kadang2 segala sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya. Ia membuatkan kita sentiasa berfikir. Betul cakap mu... yang pasti kita akan kembali kepadaNya. Maka, ingatlah Dia selalu. Semoga kita semua beroleh keberkatan.

Popular Posts