BONUS

Selepas sahaja pembentangan belanjawan 2011, penuh di laman-lama web berkenaan keputusan PM berkenaan bonus kepada kakitangan kerajaan. Laman web yang paling sibuk adalah laman web blog ceupac. Boleh dikatakan, beberapa minit sahaja selepas pembentangan belanjawan....penuh sudah komen2 kakitangan kerajaan mengenai wang bantuan RM500 yang akan diberikan oleh kerajaanya pada bulan disember nanti.

Rata-ratanya marah, menunjukkan protes dan ada juga yang hilang akal kerana tidak dapat bonus yang diminta...macam mana boleh saya katakan hilang akal...ada yang mencarut..memaki hamun..dan macam-macam perkataan yang tak sepatutnya ditulis..hatta jika anak-anak kita yang menulisnya kerana marahkan kita yang tidak membelikan aiskrim...pasti dirotan kerana biadap...

Bukanlah menyokong tindakan kerajaan kerana tidak memberi bonus...aku juga kecewa...mananya tidak insuran dan road tax yang akan tamat bulan Jan 2011...perlukan lebih seribu ringgit, anak nak masuk sekolah ...mungkin 2oo hingga 300 ringgit...pembelanjaan yuran isteri yang masih belajar...dekat seribu ringgit lagi...RM500 ringgit bantuan tu mungkin tak mampu nak membantu mana...

Ada juga yang menyokong jumlah bantuan yang diberikan...dan golongan ini rata-ratanya berpendapatan RM1 ribu dan RM2 ribu kot (agak-agak aku la)...klu yang gaji RM1 ribu...maksudnya sudah menerima 1 bulan gaji. Klu bergaji RM2 ribu mendapat separuh gaji ler tahun ini..pendapat aku yang merungut mungkin orang yang bergaji lebih dari RM2 ribu.,.. (ini pun agakan aku)....

Entah...nak marah atau nak suka menerima bantuan ini...tapi tetap aku ucapkan "Alhamdulillah" kerana rezeki yang Allah turunkan...insyallah akan ada bantuan dari Allah s.w.t bila kita kesusahan nanti tatkala kita bersyukur dan redha dengan rezeki yang kita terima.

Yang betul...sebenarnya bonus itu satu penghargaan kepada kita yang bekerja bertungkus lumus selama ini...tidak aku sangkal.....namun keputusan bukan di tangan kita...keputusan di tangan kerajaan yang memerentah...

Tapi aku lebih setuju jika kenaikan gaji diberikan....kenapa yek....

yang pertama: harga barang sentiasa naik...jadi setiap tahun perlu ada kenaikan atau semakan gaji...kalau gaji tak dinaikan pun..barang tetap akan naik...so, baik naik gaji.

yang kedua: inflasi tetap berlaku..,.dalam ekonomi..dlm setahun inflasi positif biasanya dlm lingkungan 5%...jadi semakan kenaikan gaji lebih kurang 5% setiap tahun.

yang ketiga: jika gaji kakitangan kerajaan naik, barang akan naik...so stabil la...klu gaji tak naik....harga barang tetap akan naik....

yang keempat: klu gaji kakitangan awam naik, barang naik...dengan tidak secara langsung...gaji pekerja swasta juga akan dinilai semula...

Itulah yang aku rasa dan idea 5sen aku..harap bersabar semua yekk....

Comments

Popular Posts