Jengka dan rumah



Hampir 1 tahun aku menetap di Jengka...dalam keributan diri dengan kerja yang tak pernah sudah walaupun bandarnya sunyi bagai tiada penghuni...ada perkara yg menyocok-nyocok kepala otak aku nie..Rumah sewa.... 2 patah perkataan yang paling glamor di sini...Klu dibuat kajian dan bancian berapa patah perkataan "rumah sewa" disebut dalam sehari...aku rasa inilah perkataan yang paling banyak digunakan. Mananya tidak..semua tengah pening memikirkannya..dari pelajar sampailah ke pensyarah. Masalah rumah sewa yang takde..berikan kesan yang extreme bukan sahaja student tapi juga org tua mcm aku..bukan sahaja rumah tidak cukup...menambah keperitan kepada penyewa di sini ...rumah yang tidak berkeadaan selesa (senang ayat buruk...kotor...takde keselamatan)...rumah yang aku duduki sekarang tiada 'gril' ...bayangkan!! cuma aku je buat rilek sedangkan setiap malam aku tidur2 ayam (walaupun isteri aku kata aku berdengkur...heheh)
Cerita terbaru...disebabkan jumlah pelajar semakin bertambah...asrama tidak mencukupi...jadi pelajar terpaksa cari rumah diluar...bila banyak permintaan..tuan2 rumah di sini...mula tahan nafas...bukan apa...mata dah kuar simbol $$$$.. Bayangkan setakat bulan ini sudah 4 rumah sewa yang diduduki pensyarah diarahkan berpindah kerana ingin memberi ruang kepada pelajar (ayat bersopan...ayat yang paling tak bersopan...get out!!) So...terhegeh2lah orang2 tua nie mencari rumah...yelah!! salah seorangnya akulah...Heretlah anak2 ke sana sini...cari rumah sewa..ayat yang mampu mengambarkan keadaan aku...menyayat hati....bayangkan untungnya tuan rumah klu disewakan kepada pelajar...seorang pelajar diminta membayar rm120 seorang atau rm100 seorang...klu 8 orang...haaaa brapa dpt sebulan.???? itu lapan orang ...klu 10 orang...bayangkan jutawan2 yang berasal dari jengka nie...org kata boleh pergi haji balik hari..(mana ada haji balik hari...cuma kiasan)Tapi tak semua tuan rumah di jengka macam tu....ada jugak yang tidak mahu menyewakan rumah kepada pelajar...mau tidak..habislah rosak rumah...tuan rumah macam nielah menjadi tempat kami mengadu nasib...huhuhhuRumah yang aku duduki sekarang nie...berbis duit aku nak repair..adalah 1 ribu lebih...tup..tup..tuan rumah nak balik dengan alasan nak duduk sendiri...iyelah tuan tanah!!! Tengah malam semalam dtglah sekumpulan budak2 perempuan datang ke rumah...siap bagi ayat "bila encik nak keluar?" ...muka yang kekenyangan makan malam...tiba2 je rasa macam nak kuar api ikut kepala...boleh ke dtg rumah malam2 tanya bila nak keluar....sapa ajar nie??? biadap...kurang ajar...semua kuar dlm hati aku nie...orang skrg hilang perasaan hormat kat orang..

Kepada tuan rumah...kerana bagi kami menumpang rumah...(macam tak bayar sewa)...semua yang saya repair saya halalkan...buatlah suka hati tuan...rumah tuan kan... Sekarang aku pening mencari rumah sewa yang lain...rumah sewa...rumah sewa...mana la kau niep/s: Untuk isteri dan anak2..sabar yekk...ayah tengah berusaha nie...(sempatlah posting untuk blog...hehehe) lepas geram jap je nie..rrumah sebelum dibaiki....

selepas dibaiki...

Comments

Popular Posts