GIAN MENULIS


Lama betul tak menulis, mungkin alasan yang biasa kedengaran ialah...ermmm busy la... heheheh. Entah tiba-tiba je rasa nak berblog balik...itu pun kerana seorang sahabat yang memang lama tak berjumpa menegur "lama tak update blog.." terkedu kejap. ada jugak yang follow blog aku...hehehe. Terima kasih Hj. Annurizal.

Ermmm..walaupun dah lama tak menulis...tapi sebenarnya memang busy menulis tapi bukan di blog la...tapi busy menyediakan research paper yang tak pernah siap-siap....hehehe..lepas satu..ada je idea lain...mula la tercungap-cungap....

Entah macam mana ....dok melayan internet semalam..terjumpa blog salah seorang pensyarah uitm yang boleh dikatakan memang berkaliber di bidang aku nie...blog Prof. Madya Dr. Norzaidi..http://norzaidi.blogspot.com/..mencetus semula kekuatan untuk berblog...

Mungkin sebelum ini, blog aku banyak berbicara atau banyak memuatkan tentang keluarga aku...nampaknya blog sebenarnya banyak kegunaan lain ...terutama membina rapport..(ye ke eja nie...entah la) Tengok blog dr. norzaidi byk info untuk pensyarah-pensyarah baru mcm aku...baru la nampak mana nak dituju...

Dah 3 tahun di UiTM Pahang, banyak lagi yang perlu dipelajari...walaupun dah 9 tahun menjadi pensyarah, tapi rasa macam banyak yang boleh diperbaiki...terutama...persistence...hehehe.

Dalam menulis blog masa ini, aku cuba bayangkan 5 tahun akan datang...adakah aku masih mcm ini, berada ditempat yang sama dan masih berada di takuk yang sama...entah...harapan aku, semua yang dirancang akan berjaya...insyallah.

Erm...cadangnya tahun depan nak start pikirkan pasal Phd....hehehe...kelakar rasanya...masih teringat lagi bila aku baru sahaja tamat diploma...mama dan abah pernah suarakan kepada aku yang aku tak perlu belajar lagi...suruh aku bekerja...terkedu gak....sbb memang dah mohon untuk sambung ijazah...diam je la...tapi bila dapat surat tawaran pengajian ke peringkat ijazah...mati-matian aku berkeras nak belajar...hehehhe...emotional masa tu...kadang-kadang ada bagusnya jugak kedegilan aku...(tapi aku rasa bukan degil kot...cuma mempunyai pendirian tersendiri)..tapi pengorbanan mama dan abah sentiasa aku ingat...insyallah kasih sayang tak pernah luntur...

Harap-harap aku rajin lagi menulis....mungkin aku nak tulis tentang bandar Jengka pulak...hahaha...TUNGGU!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Tuan, silakan menulis tentang bandar dan kehidupan di Jengka...kurang atau sedikit sangat cerita tentang bandar yang diingati tu...

Popular Posts