SIAPA P. RAMLEE?


Satu persoalan...siapa P.Ramlee?? Bukan kata-kata seorang pengkaji sejarah tapi dari kaca mata aku siapa P. Ramlee..

Susah nak dinyatakan..bila aku mula mengenali P.Ramlee..secara peribadi...ermmm..tak pernah..sebab P.Ramlee pun tak kenal aku. Hanya aku mengenali P.Ramlee dari kaca mata seorang peminat. Dari kecil...lagu..filem..hinggalah kisah akhbar mengenai P.Ramlee aku ikuti...mungkin selesa dengan penampilan dia yang dilihat karakternya 'golongan biasa'..bukan seperti karakter pelakon sekarang yang lebih dibuat-buat...

Lihat sahaja filem P.Ramlee..pasti kita tahu yang beliau amat meminati bidang muzik...dari bermain alat muzik, menyanyi atau mengubah lagu...tapi yang paling menariknya bagaimana beliau memuatkannya didalam filem yang dilakoni atau diarahinya sendiri...itu yang paling menonjol keperibadiannya...minat kepada seni..

Pernah di sekolah rendah, aku akan mengerat semua keratan akhbar mengenai P.Ramlee dan menyimpan di dalam bekas kaset....hehehe..kadang-kadang aku membeleknya bila ada teringat mengenainya...kenapa ek?? aku pun tak tahu sebabnya aku menyimpan keratan akhbar tersebut...mungkin mencari...kenapa semua lagunya menarik....

Tapi jangan salah sangka...bukan mengagungkan beliau ..cuma tertarik dengan karakter di dalam filemnya...tidak pelik dan bersahaja...terutamanya bila di dalam filem dia dikelilingi oleh rakan-rakan artis @ senang aku katakan kawan-kawan rapatnya sendiri..Ermm..memang cukup selesa berlakon dengan yang kita amat kenal kan??

Untuk terakhir kata...Al-Fatihah untuk insan seni yang aku minati....

Comments

Popular Posts