HUTANG



Hutang....satu perkataan yang boleh membuat kita serabut, serabai, sakit jiwa, tertekan....dan paling dahsyat..giler...Aku rasa hutang membuat kita tak tenteram nak idup...makan terpikir hutang, tidur terpikir hutang...tapi bukan semua orang macam aku kot.



Cerita nie berkisar tentang seorang bekas kawan (paham2 ler....) yang meminjam tapi tak bayar hutang. Ye...mangsanya akulah....penjamin yang tiada jaminan bila menjadi penjamin...



Nak cerita kebodohan org pinjam tu mungkin dah tak releven nak tulis sebab yang keluar dalam tulisan bukan cerita tapi carutan dan makian dari aku....jadi tulisan kali ini adalah...releven lagi ke penjamin sebagai instrumen dalam pinjaman. Aku tengok banyak kes sebegini dalam internet dan juga dlm fb...jadi melihat kepada masalah ini....orang yang meminjam telah lari dari tanggungjawab di mana kebertanggungjawaban ini adalah salah satu element dalam menentukan kemunafikan atau tidak...kalau aku jadi P.M...sapa tak bayar hutang...tukar status dlm i/c.....dari islam jadi status munafik...senang nak identify sapa yg boleh dipercayai dan siapa tidak.



Mungkin ramai yang tak setuju sebab yang tak setuju pun perangai macam tu....jadi kalau tak nak dicop munafik....bayar ler hutang...Pinjaman bank sepatutnya mengunaikan instrumen lain selain daripada penjamin kerana jika sesuatu masalah timbul di dalam pembayaran pinjaman tersebut...2 masalah telah timbul daripada segi financial....masalah dipihak yang tidak membayar...dan masalah kedua adalah masalah penjamin yang ingin membuat pinjaman kemudian hari...cetusan daripada ini, masalah kewangan bukannya boleh dikurangkan tetapi telah berganda.



Sistem gadaian adalah salah satu alternatif yang terbaik dimana, peminjam diminta membuat gadaian di atas pinjaman yang inigin dipinjam...jika pinjaman peribadi...suruh je gadai bini...baru reti nak bayar....kalau pinjaman rumah..gadai mak ayah....pinjama pelajaran..gadai skroll belajar...pinjaman kereta....gadai....ler apa2....APA KE BONGOK...




Sebenarnya aku dah bosan meluahkan perasaan tension nie...apa pun tak bole....dok beleter pun...tak bayar jugak.....pengajaran pada aku....JANGAN PERCAYA ORANG BILA BERKAIT DENGAN DUIT....SEMUA PENIPU...


p/s: Saya tak bayar hutang masuk NERAKA JAHANAM....bahalol....(berdosa je aku nie dok maki orang.....memang padan kena maki)

Comments

Popular Posts