KEB4H4G14N...




Tajuk....emosi betul.karh karh karh...tapi setiap insan ada emosi..

Mungkin cerita ini agak biasa didengar...kebahagiaan...siapa yang tidak mahu bahagia??? Ada orang bahagia bila duit banyak. Sebab boleh pegi shopping. Ada orang lebih bahagia jika duit sikit, tak payah pikir nak berhutang. Ada orang bahagia tinggal di bandar, mungkin dapat berjalan2...Ada orang suka duduk dikampung, byk pokok dan tenang. Ada orang bahagia bila berjalan, mungkin kerana dapat berjumpa kawan2...Ada orang bahagia duduk di rumah, boleh meluangkan masa dengan keluarga. Ada orang bahagia bila mempunyai keluarga, mungkin hidup lebih ceria. Ada orang bahagia hidup bujang, mungkin kerana bebas dan tiada komitmen....

Kebahagiaan begitu relatif dan subjektif di lihat dari kaca mata individu yang berbeza...ermmm..tapi jika orang lain melihat kebahagiaan dari sudut mereka tetapi bukan dari sudut kita,,,,adakah mereka salah??? Kerana begitu subjektif dan relatiflah menyebabkan kehidupan setiap orang berbeza dan unik...Jadi...semua orang betul dan tiada yang salah...

Seorang suami inginkan isterinya begini..begini..begini...jika tidak mengikut apa di dalam kotak pemikiran kita...kita katakan salah...KITA YANG SALAH!! Lelaki tetap akan berfungsi sebagai lelaki ...dan wanita tetap akan jadi wanita...takkan sama fungsinya...Apa kaitan fungsi lelaki dan wanita dengan kebahagiaan??? Seorang suami akan bahagia bila menerima seadanya isterinya, dan seorang isteri akan bahagia bila menerima seadanya suaminya. Kelemahan dan kekurangan seseorang mungkin secara realitinya tidak wujud kerana ia adalah persepsi kita, mungkin individu tersebut merasakan tidak kurang dan tiada kelemahan. Pandangan kita yang mereka-reka ciri2 seseorang bukan realitinya.

Satu permainan yang menarik tentang persepsi.....Cuba pejam mata. Dan cuba bayangkan seorang pegawai polis....Ok...Ok...Ok...Saya cuba teka ye...Tinggi. Tegap. Berkulit sawo matang atau gelap...mungkin seorang yang garang... Agak tepatkan!! Kerana di dalam otak kita telah diletakkan satu memori yang akan mengambarkan tentang sesuatu perkara walaupun kita sebenarnya tidak tahu atau tidak pernah menjumpainya......Cuba bayangkan Lelaki Korea, Pemain bolasepak, Doktor....anda akan mempunyai gambaran masing2 kan..... Semua ini adalah input-input yang tidak direct kita dapati daripada pengalaman dan juga gambaran budaya kita.

Cuba kita ambil perkara yang lebih ringkas.....Jika seseorang itu berkulit gelap..kita katakan tidak kacak atau cantik...Gelap adalah tidak cantik dan tidak kacak hanyalah pandangan kita...Cuba kita songsangkan pandangan dan pendapat kita...Gelap itu kacak dan cantik.....

Rumusannya....banyak perkara dalam hidup kita hanyalah berdasarkan kepercayaan kita, nilai kita, persepsi kita....SAHAJA...

JADI....Kebahagiaan itu kita yang cipta.....sebagai semuanya adalah dari satu punca.....KITA



{JADI....BERGEMBIRALAH KERANA KITA BAHAGIA SEBENARNYA}

Comments

Popular Posts