UiTM Cawangan Pahang...di sini bermula harapan baru

Pernah aku bercita-cita untuk menjadi profesor ketika aku di peringkat sekolah menengah dulu. Setelah bergelut dengan kenakalan masa muda, aku melihat langkah ku untuk mencapai matlamat ku itu agak kabur. Dengan keputusan peperiksaan yang tidak mampu ku banggakan menyebabkan aku sentiasa pasrah dengan segala ketentuan yang aku terima. Aku pernah ditawarkan ke PUO (Politeknik Ungku Omar) untuk melanjutkan pengajian dalam senibina. Namun terpaksa aku menolak kerana keluargaku tidak mampu membiayai pengajian aku. Memang minat aku ke arah itu kerana melukis salah satu kegemaran aku ketika itu.
Setelah puas menunggu tanpa menyimpan apa-apa harapan yang mana ketika itu aku masih bekerja sambilan di Pasaraya Ocean, akhirnya aku menerima surat tawaran daripada UiTM. Apabila membuka surat tawaran itu, hampir terjatuh aku kerana terkejut. Bukan terkejut kerana yuran yang mahal tetapi aku ditawarkan di bidang Pengajian Perniagaan yang langsung bukan bidang yang aku minati dan langsung tiada kaitan dengan aliran Sains yang aku ambil ketika SPM dulu. Yang membuatkan aku lagi terkejut, aku telah dihantar ke UiTM Machang Kelantan. Aku terima dengan penuh redha kerana ia adalah kehendak kedua ibubapaku...aku pun menerima tawaran tersebut. Pada masa itu yuran bagi satu semester lebih kurang RM 200 lebih sahaja dengan penginapan dan makanan percuma. Apakan daya aku terima.
Sampai di sana kejutan demi kejutan aku terima. Dengan perbezaan bahasa yang begitu ketara, cara hidup yang agak berlainan dan pembelajaran yang agak membosankan memenuhi ruang kehidupan aku. Di sana aku menemui kawan rapat ku (sehingga hari ini). Persahabatan aku bersama Rustam, Faris (aku namakan anak ku mengikut nama kawan ku ini), Aman, Amin, Yazis, Adib, Aidil, Kamil, Mohsin dan beberapa kawan - kawan yang lain membuatkan aku terus bersemangat meneruskan perjuangan pembelajaran aku di sana. Rustam adalah kawan ku yang sentiasa mengambil berat tentanh kehidupan ku. Kerana keluarga agak susah ketika itu (Ibubapa juga membiayai pembelajaran kakak ku di UKM), wang saku aku bulanan lebih kurang 50 ringgit sahaja. Dan kadang-kadang tidak ada kerana ayah juga membiayai adik-adik yang masih bersekolah. Ted (nama panggilan Rustam) banyak membantu..makan, minum, bimbingan dan boleh dikatakan aku menganggap nya sebagai adik beradik ku sendiri. Dia pelajar yang tekun dalam pembelajarannya...BEST STUDENT seperti Amin dan Yazis.
Selepas menamatkan pembelajaran aku selama 5 tahun di UiTM Machang aku memperolehi Diploma Pengajian Perniagaan dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran). Berakhirlah pembelajaran aku...itu yang ku fikirkan ketika itu. Seterusnya aku mencari kerja...
Pekerjaan pertama adalah Pengurus Pemasaran bagi Tenco Resort. Kerja yang amat memenatkan dan membosankan. Cuma satu perkara yang best disitu adalah makan tengah hari percuma (hari-hari makan best-best..) dan boleh ke dapur dan curi makanan..he heh heh. Yang amat aku tidak suka adalah mengendalikan function-function dan itu lah juga salah satu sebab aku bekerja. Bosan dengan gelagat orang Melayu meminum arak dan bosan melayan orang -orang yang di panggil KOPORAT (KEPARAT). Aku mengambil keputusan berhenti dan mencari kerja di tempat yang lain. Sebelum berhenti, sempat aku pergi melancong di Pulau Tinggi Johor dengan kakitangan di Tenco Resort. (sebenarnya ada seminar).
Aku mendapat kerja di Neko Engginerring di Semambu. Bos aku seorang Cina dan setiausahanya adalah isterinya sendiri. Agak tertekan bekerja disitu kerana isterinya selalu memberi arahan dan aku pulak asyik meround satu Kuantan untuk mencari client. Barangan yang aku nak jual adalah forklift dan sewaktu dengannya. Jadi, pergilah aku meround dengan EX5 aku tu ke kilang-kilang bersama briefcase yang diletakkan di dalam raga motor. Kadang-kadang nak gelak aku kerana mana ada orang pergi ke kilang-kilang mempromosi barangan motor. Jadi, bos aku mengarahkan aku mengambil lesen. Aku cuba menangguhkanya. Akhirnya disebabkan tak mampu memberi alasan lagi, aku pun berhenti kerja. Semua syer jualan aku telah diambil oleh bos aku...jadi mengangga je la.
Selepas itu banyak kerja freelance yang aku buat...telemarketing di Hyat....sehingga kerja aku yang terakhir iaitu menjual pau. Yang paling tak disangka...aku menjual pau di hadapan tempat kerja aku yang membuatkan aku matang dan yang merubah kehidupan aku sepenuhnya. Mungkin Mat Peugeot masih ingat ketika aku menjual pau disitu..cuba tanya dia, mungkin dia masih mengingatinya. Dengan rambut yang terbiar panjang, T-shirt yang buruk dan jeans yang entah bila dibasuh...heh heh heh
Untuk cerita seterusnya..tunggu
(bersambung)

Comments

Jankaulu said…
bila nak sambung ni? lambatnya. best baca diiringi dengang lagu...(lagu latar blog).
Mata Hati said…
itulah bukan senang nak senang ...pengalaman lah yang membezakan kita.
Anonymous said…
lagu? aku takde speaker... :(
ok..aku cuba sambung cepat...cepat..panjang lagi citer nie...ha hah ...bagi ler sumbangan sikit. gambar-gambar ke..peh..lagi best...
madier said…
Metallica satu......

Popular Posts