JENGKA....KOS HIDUP LEBIH TINGGI DARI KUANTAN


Sebut sahaja Jengka, tentu dalam kotak pemikiran pembaca terfikir tentang sebuah bandar kecil yang dkelilingi kehijauan pokok-pokok kelapa sawit....hehehe...ermm..tepat. Saya tak menyangkalnya...tapi dalam kesunyian, dan kesuraman malam di jengka..satu perkara yang diluar pemikiran adalah kos hidup di sin lebih mahal dari Kuantan.

Mungkin ada 'bias' dalam penyataan saya, tapi itulah hakikatnya. Kenapa ye? Mungkin beberapa isu dibawah dapat memberi gambaran...

1) Kawasan perumahan yang terhad - Bercerita tentang rumah..tentu ramai yang mengeluh. Bukan orang lain, aku sendiri pun stress memikirkan masalah rumah. Rumah yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan semasa yang ada. Kadang-kadang kerana kekecewaan, ramai yang lebih senang menetap di Jerantut dan Temerloh. Bukan sahaja rumah yang terhad, kadar sewanya..masha Allah, terlalu mahal sehingga tiada logika. Yang menyedihkan, tuan rumahnya berbangsa Melayu...yang tertekan pun bangsa Melayu...sedih..sedih...yang lagi menyayat hati, Tuan rumah lebih rela menyewakan rumah mereka kepada pelajar berbanding pensyarah...mana tidaknya...masyuk...klu pensyarah..sewanya RM500 sebuah rumah, tetapi pelajar RM150 seorang...ha...duduk la ramai2...maka ramailah yang pergi Haji balik hari.

2) Barang-barang keperluan yang mahal - bagi orang yang tak pernah memikirkan harga barang yang dibeli...asal ada, beli je...tapi bagi aku yang sentiasa peka dengan harga...terkejut dengan perbezaan harga di Jengka dan Kuantan..satu barang lebih mahal RM0.50 hingga mencecah RM2. Bayangkanlah jika beli 10 barang...dah terlebih RM20. huhuhu....duit bukan senang nak cari....jadi hujung bulan sahaja pergilah aku ke Mydin atau Carrefour ....bolehlah berjimat sket...

3) Kurang kemudahan - teringat lagi aku pada awal tahun baru-baru ini...aku balik mengambil motor di kuantan dan menghantarnya ke Jengka. jadi ...nak balik ke kuantan...naiklah bas...bayangkan dari 2.30 sehingga 6.30 petang aku menunggu...giler....rupanya bas dari jengka ke kuantan hanya ada 3 trip sahaja..pagi, tengahari dan petang...yang membuat lebih terkejut..bas yang aku naik tu..lebih cantik sikit dari tukun tiruan...uzur...sedih..huhuh. Bayangkan dari 6.30 petang...aku sampai ke kuantan pukul 9.00 malam...aduh....pening kepala dibuatnya. Tobat aku tak naik dah .........

Jadi...macam mana....heheh..bila dengar rasa 'serun' je....tapi jika dibangunkan betul-betul....jengka boleh membangun lebih pesat dari Temerloh.....kalau ditakdirkan kerja dan tinggal di jengka...jangan susah hati sangat...hadapi dengan tenang...ada sukar tentu ada kebaikkannya kemudian hari....Jengka....terus lah hidup dan membangun demi bangsa Melayu...


Comments

Popular Posts